RAKAN KONGSI OANDA

Soalan lazim

Semua soalan lazim tentang program Perkongsian Pemasaran global kami.

UMUM

add

Apakah program Rakan Kongsi OANDA?

Program Rakan Kongsi OANDA ialah program perkongsian pemasaran global rasmi untuk Kumpulan OANDA.

add

Apakah pelan komisen yang ditawarkan?

Kami menawarkan tawaran CPA, Perkongsian Hasil dan Yuran Tetap. Sila lihat halaman Pelan Komisen untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkat CPA dan negara asal yang kami terima bayaran untuk orang yang anda syorkan. Untuk tawaran Perkongsian Hasil dan Yuran Tetap, sila hubungi pasukan rakan kongsi.

add

Bagaimanakah pelan pampasan anda berfungsi?

Kami mempunyai salah satu pelan pembayaran Kos Bagi Setiap Pelanggan Baru (CPA) yang paling kompetitif dalam industri dagangan leveraj. Kami memberikan bayaran kepada anda untuk setiap pedagang layak yang memenuhi kriteria kelayakan anak syarikat yang mengikat kontrak dengan mereka. Pedagang yang layak adalah seseorang yang membuka akaun dagangan dengan OANDA dan memenuhi syarat keperluan minimum kami. Keperluan ini termasuk mendepositkan dana dan bergantung pada negara tempat tinggal mereka dan anak syarikat OANDA yang mengikat kontrak dengan mereka, iaitu bilangan dagangan minimum. Komisen anda akan dikira untuk sesuatu bulan apabila pelanggan mula-mula memenuhi kriteria ini. Sila ambil perhatian bahawa komisen adalah berbeza-beza bergantung pada negara tempat tinggal pelanggan dan anak syarikat OANDA yang mengikat kontrak dengan mereka Anda boleh mendapatkan butiran penuh pelan pampasan kami di halaman Pelan Komisen.

add

Bagaimanakah saya boleh menghubungi OANDA Partners untuk mendapatkan maklumat lanjut?

Hantarkan sahaja e-mel kepada kami di partners@oanda.com berserta sebarang soalan yang tiada dalam Soalan Lazim kami. Jika anda sudah mempunyai akaun dengan OANDA Partners, sila hubungi terus pengurus perkongsian anda.

PENDAFTARAN

add

Di mana dan bagaimanakah cara mendaftar?

Anda hanya perlu isi borang pendaftaran untuk memohon akaun dengan OANDA Partners. Setelah anda menghantar borang yang lengkap, pengurus perkongsian akan menyemak borang dan menghubungi anda. Anda perlu memberikan kami dokumentasi untuk kelulusan akaun anda dan setelah dokumentasi lengkap, anda sudah bersedia untuk mula mempromosikan OANDA.

add

Adakah kos diperlukan untuk menjadi ahli?

Tiada kos atau yuran bulanan yang berkaitan untuk anda menjadi ahli program Rakan Kongsi OANDA. Program ini memang percuma untuk disertai oleh sesiapa sahaja.

add

Siapakah yang boleh menyertai?

Syarikat dan individu yang berumur 18 tahun atau lebih boleh menyertai program kami.

SYARAT KEPERLUAN

add

Adakah saya perlu mempunyai laman web untuk mempromosikan OANDA?

Ya Semua anak syarikat OANDA adalah syarikat yang dikawal selia dan rakan pemasaran kami hanya dibenarkan untuk mempromosikan jenama kami di laman web yang diluluskan oleh kami menggunakan bahan yang diluluskan. Jika anda mempunyai apa-apa sumber trafik lain yang ingin anda tanyakan kepada kami, sila hubungi kami dipartners@oanda.com.

add

Bagaimanakah caranya untuk laman web saya diluluskan untuk program ini?

Kandungan laman web anda mestilah:

  • Adil
  • Seimbang
  • Tidak mengelirukan
  • Tidak memberikan nasihat perdagangan
  • Disasarkan kepada khalayak yang sesuai untuk kami
add

Apakah maklumat yang perlu saya berikan?

Semua pengawal selia mewajibkan kami mengesahkan identiti semua pemohon, oleh itu kami akan meminta anda menghantar dokumen yang berikut:

  • Bagi individu - bukti identiti yang mengesahkan nama, tarikh lahir dan alamat tempat tinggal anda.
  • Bagi syarikat - butiran termasuk sijil pemerbadanan, nombor pendaftaran syarikat dan alamat perniagaan, serta bukti butiran bank anda. Dalam sesetengah kes, kami mungkin perlu melihat daftar rasmi pemegang saham anda yang memegang saham lebih daripada 25%, serta dokumen pengenalan mereka.

Pengurus perkongsian anda akan memaklumkan kepada anda jika lebih banyak dokumentasi diperlukan.

Sila ambil perhatian bahawa kami sentiasa memantau setiap laman web dalam program kami dan pengurus perkongsian anda akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan bahawa kandungan di laman web anda selaras dengan peraturan kami.

Mohon melalui borang pendaftaran dan sertakan laman web anda. Atau jika anda sudah menjadi rakan kongsi, hubungi kami di partners@oanda.com dengan butiran laman web cadangan anda.

MEMPROMOSIKAN OANDA

add

Bagaimanakah saya boleh mempromosikan OANDA?

Setelah laman web anda diluluskan oleh pasukan pematuhan kami, pautan penjejakan akan diaktifkan dan anda boleh mula merujuk trafik. Anda dialu-alukan untuk memilih daripada pelbagai alat pemasaran kami dan melaksanakannya di laman web anda.

add

Apakah alat pemasaran yang anda sediakan?

Pasukan kreatif di OANDA telah mencipta sepanduk dan halaman pendaratan yang menarik untuk memastikan kempen pemasaran anda dioptimumkan untuk penukaran tertinggi. Untuk melihat pelbagai alat pemasaran kami, log masuk dan pergi ke menu Alat Pemasaran.

add

Bolehkah saya mempromosikan OANDA di mana-mana negara?

Tidak. Atas sebab kawal selia, anda hanya boleh mempromosikan OANDA di Amerika Syarikat dan negara-negara yang disenaraikan dalam PDF senarai negara untuk anak syarikat OANDA yang mengikat kontrak dengan anda. Anda mungkin perlu mengikat kontrak dengan beberapa anak syarikat OANDA (dan dengan itu bersetuju dengan pelbagai terma dan syarat) untuk mendapatkan liputan bagi semua negara yang ingin anda promosikan OANDA. Untuk maklumat lanjut, hubungi pasukan kami di partners@oanda.com.

add

Bagaimana OANDA akan menyokong saya sebagai rakan kongsi?

Kami menawarkan pengurus perkongsian yang khusus kepada setiap rakan pemasaran kami. Pengurus perkongsian anda boleh memberikan nasihat mengenai alat pemasaran penukaran yang terbaik berdasarkan keperluan unik anda. Pengurus perkongsian kami boleh menjelaskan ciri-ciri platform kami, termasuk papan pemuka dan laporan prestasi, dan akan menjawab sebarang soalan yang anda mungkin ada.

add

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya?

Jika anda terlupa kata laluan, sila klik pada pautan "Lupa kata laluan anda" dan minta pembaharuan kata laluan. Jika ini tidak berjaya, sila hantar e-mel kepada partners@oanda.com.

PENJEJAKAN DAN PELAPORAN

add

Bagaimanakah anda boleh mengenali pelanggan yang telah disyorkan oleh saya?

Setiap rakan pemasaran mempunyai ID perkongsian yang unik yang ditetapkan semasa pendaftaran.

Kami menyertakan ID ini dalam pautan penjejakan, yang boleh didapati dalam bahagian Alat Pemasaran dalam akaun anda - ini boleh dilaksanakan di laman anda. Apabila pengguna mengklik pada sepanduk atau pautan penjejakan di laman anda, kuki akan dijatuhkan pada komputer mereka. Ini memberitahu kami bahawa prospek itu dirujuk oleh anda.

add

Berapa lamakah anda perlu menjejaki prospek?

Setelah prospek mengklik pada sepanduk atau pautan OANDA anda, kuki akan dijatuhkan dalam penyemak imbas mereka. Sebarang pendaftaran dalam tempoh pengesahan 30 hari kemudiannya akan direkodkan, melainkan pengguna membersihkan kuki penyemak imbas mereka. Kuki akan ditetapkan semula setiap kali pelanggan yang berpotensi mengklik pautan rakan pemasaran.

add

Bolehkah saya mengakses laporan prestasi saya?

Ya, anda akan dapat mengakses laporan prestasi anda di platform selepas akaun anda diluluskan.

add

Mengapakah saya tidak dapat melihat aktiviti terkini saya dalam laporan saya?

Data dalam platform dikemas kini setiap hari. Jika anda tidak dapat melihat aktiviti terkini, sila hubungi pengurus perkongsian anda.

PEMBAYARAN

add

Apakah kaedah pembayaran yang anda tawarkan?

Anda boleh memilih untuk dibayar melalui:

  • Pindahan bank
  • Neteller
  • Skrill

Sila hubungi pengurus perkongsian anda untuk mengaktifkan kaedah pilihan pada akaun anda.

add

Apakah kekerapan bayaran anda?

Kami membayar komisen secara bulanan, pada bulan selepas komisen dijana. Kami berhasrat untuk membayar dalam tempoh 20 hari dari akhir bulan, namun, harap maklum bahawa mungkin ada kelewatan dari semasa ke semasa.

add

Adakah terdapat bayaran komisen minimum?

Ya Jika baki komisen anda kurang daripada $250 USD dalam bulan tertentu, ia akan dibawa ke baki bulan berikutnya.

add

Mengapakah saya tidak mendapat bayaran?

Mungkin terdapat beberapa sebab bayaran anda tidak diproses:

  1. Butiran bank anda tidak terkini atau salah. Sila pastikan butiran tersebut dikemas kini
  2. Nilai ambang $250 USD belum dipenuhi, oleh itu, bayaran akan dibawa ke bulan berikutnya
  3. Mungkin terdapat masalah menghantar bayaran ke akaun anda. Jika ini berlaku, pengurus perkongsian anda akan menghubungi anda untuk berbincang

Bersedia untuk mula syorkan pelanggan dan mula menjana pendapatan?