RAKAN KONGSI OANDA

Dapatkan CPA sehingga $1,100 USD

Untuk setiap pelanggan layak yang anda berjaya perkenalkan kepada kami*. Lihat bagaimana anda boleh memohon untuk menjadi rakan kongsi.

Pelan komisen yang kompetitif

Kami menawarkan salah satu pelan komisen paling kompetitif dalam industri dagangan kewangan. Sebagai rakan pemasaran dengan Kumpulan OANDA, anda berpotensi memperoleh sehingga ASD1,100 untuk setiap pedagang layak yang anda perkenalkan kepada kami*.

Komisen Kos Bagi Setiap Pelanggan Baharu (CPA) kami serta kriteria kelayakan, berbeza-beza berdasarkan lokasi. Ketahui lebih lanjut dengan menghubungi pasukan perkongsian kami di partners@oanda.com.

Jika anda berminat untuk menjadi Broker Pengenal (IB), anda boleh menyemak sama ada anda layak dengan menghubungi pasukan perkongsian kami di partners@oanda.com atau memohon melalui borang ringkas kami.

Sila ambil perhatian: Produk OANDA hanya boleh diiklankan di negara-negara yang dipaparkan dalam senarai negara dan Amerika Syarikat. Anda dilarang sama sekali menunjukkan iklan kami kepada trafik yang mempunyai alamat IP di mana-mana negara yang tidak termasuk dalam senarai ini. Perjanjian anda boleh ditamatkan jika anda melakukan tindakan tersebut.

Sila baca pelan komisen ini bersama-sama dengan Terma dan Syarat bahagian pemasaran OANDA kami.

OANDA boleh mengubah pelan komisen pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, dengan menghantar notis kepada anda untuk menguatkuasakan perubahan melalui e-mel. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda hendaklah memaklumkan kepada OANDA Partners melalui e-mel dalam masa 3 hari selepas pemberitahuan diterima. Setelah itu, terma dan syarat tersebut akan serta-merta dianggap telah ditamatkan. Kegagalan untuk membalas pemberitahuan dalam garis masa 3 hari akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pelan pampasan yang telah diubah.

Sebelum anda mula mempromosikan OANDA di mana-mana negara, sila kenal pasti anak syarikat yang anda perlu mengikat kontrak dengannya dan bersetuju dengan terma dan syarat khusus mereka, kerana terma dan syarat untuk setiap anak syarikat adalah berbeza.

Bersedia untuk mula syorkan pelanggan dan mula menjana pendapatan?